KAJIAN
PERSONALITI DIRI MENGIKUT TARIKH LAHIR
Sedikit
perkongsian dari pensyarah technoprenuership saya mengenai kajian personaliti
diri mengikut tarikh lahir yg diasaskan oleh Dr fadhilah kamsah. Rahsia
personaliti diri mengikut tarikh lahir ini menggunakan kaedah metafizik dengan
ketepatannya boleh mencecah sebanyak 90%. Dengan tarikh lahir, kita mampu
mengungkap rahsia di sebalik diri kita. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Rad,
ayat ke 11 yang bermaksud :
" Sesungguhnya tuhan (Allah) tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."
Kaedah
metafizik yang digunakan ini adalah untuk mengenali potensi diri,dan bukan
untuk menilik nasib kerana kitalah yang memilih untuk menjadikan ianya positif
mahupun negatif. Secara asasnya, ia adalah pengiraan nombor berdasarkan
tarikh lahir dan daripada nombor itulah kita akan dapat mengenali potensi diri
, kelemahan dan kekuatan kita.
Cara
Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir
Sebagai
contoh, kita ambil tarikh lahir pada 16 September 1992, dalam pengiraan rahsia
tarikh lahir seperti di bawah.
Contoh:
16 September 1992
16 + 9 +1992 = 2017
2 + 0 + 1 + 7 = 10
1 + 0 = 1
16 September 1992
16 + 9 +1992 = 2017
2 + 0 + 1 + 7 = 10
1 + 0 = 1
Nombor pin yang terhasil adalah 1. Jom kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan nombor 1 dan seterusnya.
Keterangan
mengenai pin tarikh lahir anda :
1. Ketulenan ( element : METAL )
Seorang
yang suka pemimpin, mengambil inisiatif dan suka menjadi yang
terbaik. Memiliki banyak daya tarikan. memiliki kebijaksanaan, mempunyai
kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu. Seorang
yang sangat teliti dalam semua perkara. Individu yang sangat kreatif, hadir
dengan idealogi2 baru dan sangat peka, sekiranya sikap kreatif dan sikap
peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan. Dia juga mampu memperolehi
sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Kelemahan
Individu
ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau
juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu,
kebiasaannya individu ini adalah seorang yg keras kepala, tidak suka dipimpin
atau mengikut arahan orang lain. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
buat mereka.
2. Pendamai ( element :WATER )
Seorang
yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa
pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan
matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain.
Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Anda adalah
pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang
bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah
teman yang sempurna. Individu ini tidak suka bersendirian. Sekiranya
diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan
tepat. Individu ini juga mempunyai bakat seni muzik yang baik.
Kelemahan
Individu
ini tidak mempercayai kebolehan sendiri atau keyakinan diri. Seorang yang
pemalu. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk
membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan
“tidak” kepada orang lain. Mereka juga sgt sensitif , mudah terasa hati dan
mudah dipengaruhi oleh orang lain. Seorang yg degil. Mendengar nasihat yang
diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Individu ini untuk lebih memilih untuk
bersendirian jika hubungan persahabatan atau percintaan yang terjalin itu tidak
serasi.
3. Ketelitian ( element : FIRE )
Individu
ini adalah seorang yang serba-boleh (all-rounder). Idealistik, aktif dan
berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki.
Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Mereka sgt
mudah dibawa berunding. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang
dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta sekiranya berusaha dengan
bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan
terhadap sesuatu perkara. individu ini suka orang lain gembira dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
Kelemahannya
Individu
ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran.
Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak
munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’.
Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam
sesuatu perhubungan. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat
menghabiskannya. Pendek kata, sering melakukan kerja dengan cepat tetapi tidak
sempurna. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih
realistik.
4. Konservatif ( element : WOOD )
Individu
yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai
perancangan.seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang
kukuh. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan
masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan
memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu
kegagalan. individu ini suka kepada perkara yang mempunyai sistematik, logik
dan praktikal. Individu juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain
sudah hilang tumpuan. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin dan mudah tertarik dengan aktiviti
luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
Kelemahan
Individu
ini suka memendam perasaan, berfikiran sempit, kuat cemburu, amat degil dan
suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang
lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak
melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Individu ini hanya akan bertindak
apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka
lakukan. Individu ini juga mudah untuk menyimpan dendam terhadap
seseorang. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih
baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis ( element : EARTH )
Dilahirkan
dengan sikap kepimpinan yang kuat. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap
ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Sentiasa mahukan perubahan yang
berterusan. Berkarisma dan boleh memimpin.selalu menjadi “centre of
attraction”. Tidak suka berangan-angan. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk
mencapai kejayaan di masa hadapan. Seorang yang realistic, tegas, sangat
munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa
teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan
Tidak
suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil.
Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang
relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu. mempunyai sikap keras
kepala, emosional dan pemarah. Individu ini suka “boasting” atau “jual minyak”.
Individu juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan
terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan
sesuatu.
6. Romantis ( element : METAL )
Berkemampuan
dalam mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan
tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Individu ini
kebiasaannya akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni muzik dan
keagamaan. Individu ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa
gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Mereka
menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara
serius. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka
membantu dan menjaga mereka. selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda
mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk
mencapai persefahaman atau perdamaian. Tidak suka pada kemalasan dan membuat
sesuatu secara lewa.
Kelemahan
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri. suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, individu akan buat sekiranya ada kepentingan untuk diri mereka sendiri (mengambil kesempatan).
7. Intelektual ( element : Water )
Individu
ini adalah pencari. Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan
sesuatu perkara. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka
sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.gemarkan perkara yang
berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam
menyelesaikan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa
yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih.
Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan
kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan
kemasyhuran dan tuah. Seorang yg pandai menyimpan rahsia.
Kelemahan
Suka
berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar
keputusan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Individu ini
bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda
secara luaran. suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi
mereka tidak suka dipersoalkan Orang menganggap anda adalah seorang yang
tidak mempunyai perasaan dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan
perhubungan ataupun persahabatan. Individu ini boleh bertindak kejam jika
berada dalam mood yang salah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan
mereka.Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu
belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. Penyelesaian ( element : FIRE )
Seorang
yang aktif dikalangan rakan-rakannya menjadikannya seorang yang terkenal.
Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral.
Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masalah. Tidak akan
mempermainkan orang lain. Individu ini adalah seorang yang profesional,
berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai
perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
objektif.
Kelemahan
Individu
ini adalah seorang yang materialistik. Kadang-kadang kabur dalam apa
dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi
sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada
perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang.
Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda
kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah
untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanfaat atau
tidak berfaedah.
9. Glamour ( element : WOOD )
Sangat
optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan kemas. Sangat beradab dan
boleh menjadi seorang penasihat yang baik. Pintar, Peka dan sensitif. Individu
ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus
dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Individu
ini juga dikenali sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai
masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. seorang yang gagah, boleh dipercayai
dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan
sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Tekun dalam
membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan
dan kekecewaan. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya
tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri
mengikut persekitaran. Mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain,
suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan
sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik. Untuk
berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Kelemahan
Individu
ini mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling
mereka untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat
bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Seorang
yang emosional. Individu ini jika memimpin, tidak mengambil berat mengenai
perasaan orang bawahannya. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu
ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Mudah berputus asa apabila
bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. mempunyai nasib yang sangat baik
tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan
(mood).